Thursday, July 9, 2009

Antara Sumbangan Calon PAS PRK N41 – Manek Urai

KRU Dedah dilaorkan bahawa Mohd Fauzi bukan jenis problem solver. Calon PAS ni dah berpenggal-penggal lamanya menjadi Ahli Majlis Daerah Kuala Krai, tetapi apa yang menyedihkan penduduk kampungnya ialah dia tak boleh pindahkan pasar malam di Cabang 3 Batu Jong pada setiap malam Jumaat. Pasar mlm tu memang sesak sungguh, macam kat Chow Kit dah.

Orang kampung dok merungut sebab pasar malam tutup jalan raya, payah nak keluar-masuk sebab jalan tu satu2nya jalan k
eluar untuk 7-8 buah kampung di dalamnya. Paling bahaya , jalan tu dilalui lori balak untuk ke kilang Tapi Ahli Majlis Daerah ni tak boleh nak pindahkan ke kws yang lebih selamat iaitu di Bukit Sireh. Sebabnya….hasil bakul pasar malam tu masuk poket puak dia…..klu pindah, miss sorru wehhhh….

Klu tak caya, try la sapa2 ke situ pada mlm Jumaat …

Satu perkara lagi ialah beliau juga gagal membantu penduduk kampung yang membantah pembinaan sarang burung layang-layang yang tumbuh seperti cendawan. Di kawasan kampungnya sahaja beberapa buah bangunan dibina dan diubahsuai menjadi sarang burung layang-layang.


( Sarang burung di Kg Bukit Sireh )

Menurut sumber, penduduk kampung amat kecewa kerana ada sebahagian sarang burung ini telah mengganggu keselesaan, ketenteraman dan merosakkan pemandangan kampung-kampung terbabit.


(Sarang burung di Batu Jong)

Mungkin inilah yang akan dibawa olehnya jika menjadi YB nanti. Suatu masa nanti, Manek Urai juga akan jadi DUN burung layang-layang.


(Tapak kilang plywood berdekatan Batu Jong yang memberi peluang hampir 2000 pekerja ditutup kerana tiada balak. Dirobohkan dan dibina sarang burung)

Tuesday, July 7, 2009

Calon PAS Kantoi




Hujung minggu baru-baru ini, KRU Dedah telah ronda-ronda sepanjang jalan utama kawasan DUN Manek Urai. Tak semena-mena Mercedes calon PAS, PAS 6077, memotong kereta KRU Dedah. Sempat jugak rakam keretanya. Saja nak promote.



Boleh tahan jugak pemandu kereta calon ni. Garisan berkembarpun diredahnya. Klu kalut nak kempenpun, undang-undang kena patuh bang. Jadi calon dah langgar undang-undang, nanti kalau jadi YB?????.... Kalau kemalangan, lagi la parah, nak jumpa pengundi tak boleh.

Kecil atau besar salahnya, salah tetap salah. Atau undang-undang dunia takpa kalau kita langgar kot? Hu hu hu.....

Friday, July 3, 2009

Alahai HALWA Gua Musang

KRU Dedah dimaklumkan bahawa dalam PRK N.14 Manek Urai ini, sekumpulan wanita yang mewakili HALWA Gua Musang telah diberikan tugas menjaga Cawangan Sungai Rek, Dalam Peti Undi Laloh. Alkisah mereka telah menyewa sebuah rumah di kampung tersebut.


Nasib mereka tidak baik kerana mereka menyewa bersebelahan dengan penyokong kuat UMNO. Selepas pengumuman calon, penyokong UMNO ini telah menampal poster dan bendera UMNO di kawasan rumahnya.



Mungkin kerana fobia dengan simbol UMNO dan BN, mereka telah berpindah ke kawasan lain selepas hampir dua minggu menyewa di rumah itu. Kain rentang yang telah digantung dibawa bersama. Yang kelihatan cuma sehelai bendera PAS. Mungkin nak buat kenangan kot.

Kesian....kesian..

Thursday, July 2, 2009

Biodata Penuh Calon PAS Di Manek Urai PRK N41 : Keliru

(dipetik dari blogkelate.blogspot.com )


Published by blogkelate on Tuesday at 1:04 AM


Nama penuh

: Fauzi bin Haji Abdullah

Umur

: 50 tahun

Tempat kelahiran

: Bukit Marak, Kelantan

Tempat tinggal

: Pekan Gunchil



Keluarga



Isteri

: Aminah bt Mahmud

Anak

: 5 orang



Pengalaman kerja

: 1. Penyelia Dun Guchil


: 2. Ahli Majlis Daerah Kuala Krai


: 3. Pengusaha dan peniaga di Bandar Kuala Krai



Jawatan Dalam Parti

: 1. Ketua cawangan Bandar Krai


: 2. Bendahari PAS Kuala Krai



Adakah anda mengenalinya?

KRU Dedah : Setelah meneliti bidata calon PAS, KRU Dedah dimaklumkan bahawa ada sesuatu yang tak kena. Menurut sumber, bahawa En Mohd Fauzi bukan tinggal di Guchil, sebaliknya di Kg Batu Jong.

Soalnya mengapa PAS menyembunyikan kenyataan ini? Antara lain ialah rumahnya di Batu Jong adalah rumah setinggan sebelah-menyebelah antara rizab tanah JKR dan tanah KTM. Sebenarnya PAS tidak perlu menyembunyikan kenyatan ini. Rakyat lebih suka calon yang sederhana. Lagipun rakyat tak kisah sebab rakyat tahu dia banyak harta. Rakyat tahu dia juga mendapat tanah lot penempatan mangsa banjir di Batu Jong. Rakyat juga tahu dia juga mendapat tanah lot hasil pemberian kerajaan kepada para ahli Majlis Daerah Kuaala Krai di Kg Pahi.

Jadi mengapa kenyataan ini disembunyikan. Sebabnya ialah dia telah gagal membantu penduduk di kampungnya yang mana beratus-ratus lagi rumah dibina atas tanah/bahu rizab jalan JKR dan KTM. Walaupun berpuluh-puluh tahun menjadi aktivis PAS, dalam keadaan PAS mempunyai kuasa tanah di Kelantan, dia gagal membantu penduduk kampungnya. Penduduk kampungnya tinggal atas tanah setinggan, sebaliknya dia dapat tanah lot pemberian kerajaan. Tuan-tuan dipersilakan membuat tinjauan ke kampungnya.

Inilah sebahagian dari penduduk Kampung Batu Jong yang perlu dibantu terlebih dahulu. Kaki lima rumah mereka adalah jalanraya dan rel KTM.