Tuesday, June 30, 2009

Apa lagi rakyat Manek Urai mahu?




Rakyat Manek Urai sebenarnya amat bertuah apabila Tuan Aziz b Tuan Mat diumumkan sebagai calon BN dalam PRK N.41 Manek Urai. Beliau, seorang anak muda yang menjadikan budaya membantu rakyat sebagai prinsip kehidupan beliau.

Pada pengamatan Kru Dedah, Tuan Aziz tidak perlu bertanding dalam PRK N.41 Manek Urai jika sekadar untuk mencari kemewahan. Kedudukan beliau hari ini jauh lebih mewah dan glamour jika dibandingkan dengan sebagai seorang YB. Sebagai seorang PTD yang bergaji pokok lebih dari RM5K sebulan,beliau tidak perlu menerjunkan diri dalam PRK ini. Lebih-lebih lagi dalam PRK N.41 Manek Urai,jika rezeki beliau menang sekalipun, beliau hanya menjadi seorang wakil rakyat biasa dalam negeri yang diperintah oleh parti pembangkang.

Mengapa beliau meninggalkan semua itu dan bertanding di PRK N.41Manek Urai. Semua ini dipertaruhkan demi membela nasib rakyat. Jadi, apa lagi yang rakyat Manek Urai mahu? Inilah masa untuk membalas pengorbanan beliau yang meninggalkan jawatan dalam keadaan masih belum layak menerima pencen selain memikirkan masa depan kita sendiri. Fikir-fikirkan.