Thursday, July 9, 2009

Antara Sumbangan Calon PAS PRK N41 – Manek Urai

KRU Dedah dilaorkan bahawa Mohd Fauzi bukan jenis problem solver. Calon PAS ni dah berpenggal-penggal lamanya menjadi Ahli Majlis Daerah Kuala Krai, tetapi apa yang menyedihkan penduduk kampungnya ialah dia tak boleh pindahkan pasar malam di Cabang 3 Batu Jong pada setiap malam Jumaat. Pasar mlm tu memang sesak sungguh, macam kat Chow Kit dah.

Orang kampung dok merungut sebab pasar malam tutup jalan raya, payah nak keluar-masuk sebab jalan tu satu2nya jalan k
eluar untuk 7-8 buah kampung di dalamnya. Paling bahaya , jalan tu dilalui lori balak untuk ke kilang Tapi Ahli Majlis Daerah ni tak boleh nak pindahkan ke kws yang lebih selamat iaitu di Bukit Sireh. Sebabnya….hasil bakul pasar malam tu masuk poket puak dia…..klu pindah, miss sorru wehhhh….

Klu tak caya, try la sapa2 ke situ pada mlm Jumaat …

Satu perkara lagi ialah beliau juga gagal membantu penduduk kampung yang membantah pembinaan sarang burung layang-layang yang tumbuh seperti cendawan. Di kawasan kampungnya sahaja beberapa buah bangunan dibina dan diubahsuai menjadi sarang burung layang-layang.


( Sarang burung di Kg Bukit Sireh )

Menurut sumber, penduduk kampung amat kecewa kerana ada sebahagian sarang burung ini telah mengganggu keselesaan, ketenteraman dan merosakkan pemandangan kampung-kampung terbabit.


(Sarang burung di Batu Jong)

Mungkin inilah yang akan dibawa olehnya jika menjadi YB nanti. Suatu masa nanti, Manek Urai juga akan jadi DUN burung layang-layang.


(Tapak kilang plywood berdekatan Batu Jong yang memberi peluang hampir 2000 pekerja ditutup kerana tiada balak. Dirobohkan dan dibina sarang burung)

2 comments:

  1. ala bang oooi cari la bukti yang lebih meyakinkan supaya org lebih percaya.ini gaya penulisan org yang malas buat kaji selidik.sorry yer

    ReplyDelete
  2. Tq Sdr Ampun Tuanku...
    Blog ini sekadar medium untuk pembaca mengetahui serba-sedikit isu tempatan yang terlepas pandang, bukan sampai tahap untuk dijadikan jurnal rujukan.

    Blog sdr tu apahal pulak, ada satu posting sj sejak Mei lagi.Itupun sekadar tampal keratan akhbar saja. Bila nak updatenya?

    ReplyDelete