Thursday, July 2, 2009

Biodata Penuh Calon PAS Di Manek Urai PRK N41 : Keliru

(dipetik dari blogkelate.blogspot.com )


Published by blogkelate on Tuesday at 1:04 AM


Nama penuh

: Fauzi bin Haji Abdullah

Umur

: 50 tahun

Tempat kelahiran

: Bukit Marak, Kelantan

Tempat tinggal

: Pekan Gunchil



Keluarga



Isteri

: Aminah bt Mahmud

Anak

: 5 orang



Pengalaman kerja

: 1. Penyelia Dun Guchil


: 2. Ahli Majlis Daerah Kuala Krai


: 3. Pengusaha dan peniaga di Bandar Kuala Krai



Jawatan Dalam Parti

: 1. Ketua cawangan Bandar Krai


: 2. Bendahari PAS Kuala Krai



Adakah anda mengenalinya?

KRU Dedah : Setelah meneliti bidata calon PAS, KRU Dedah dimaklumkan bahawa ada sesuatu yang tak kena. Menurut sumber, bahawa En Mohd Fauzi bukan tinggal di Guchil, sebaliknya di Kg Batu Jong.

Soalnya mengapa PAS menyembunyikan kenyataan ini? Antara lain ialah rumahnya di Batu Jong adalah rumah setinggan sebelah-menyebelah antara rizab tanah JKR dan tanah KTM. Sebenarnya PAS tidak perlu menyembunyikan kenyatan ini. Rakyat lebih suka calon yang sederhana. Lagipun rakyat tak kisah sebab rakyat tahu dia banyak harta. Rakyat tahu dia juga mendapat tanah lot penempatan mangsa banjir di Batu Jong. Rakyat juga tahu dia juga mendapat tanah lot hasil pemberian kerajaan kepada para ahli Majlis Daerah Kuaala Krai di Kg Pahi.

Jadi mengapa kenyataan ini disembunyikan. Sebabnya ialah dia telah gagal membantu penduduk di kampungnya yang mana beratus-ratus lagi rumah dibina atas tanah/bahu rizab jalan JKR dan KTM. Walaupun berpuluh-puluh tahun menjadi aktivis PAS, dalam keadaan PAS mempunyai kuasa tanah di Kelantan, dia gagal membantu penduduk kampungnya. Penduduk kampungnya tinggal atas tanah setinggan, sebaliknya dia dapat tanah lot pemberian kerajaan. Tuan-tuan dipersilakan membuat tinjauan ke kampungnya.

Inilah sebahagian dari penduduk Kampung Batu Jong yang perlu dibantu terlebih dahulu. Kaki lima rumah mereka adalah jalanraya dan rel KTM.




No comments:

Post a Comment